Pertandingan

PERTANDINGAN

Pertandingan dibahagi kepada peringkat Saringan, Separuh Akhir dan Akhir.

  • Peringkat Saringan dibahagi kepada dua pusingan, iaitu Pusingan I dan Pusingan II.
  • Setiap peserta akan berpidato sebanyak 2 kali pada peringkat saringan di hadapan panel juri yang berbeza bagi memberi peluang kepada mereka memperbaiki sebarang kelemahan.
  • Sepuluh (10) orang peserta terbaik daripada kategori Antarabangsa di pusingan suku akhir layak ke pusingan separuh akhir.
  • Sepuluh (10) orang peserta terbaik daripada kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) dan lima (5) orang peserta terbaik daripada kategori Alam Melayu di pusingan awal layak ke pusingan separuh akhir.
  • Tiga (3) orang peserta terbaik dari kategori Antarabangsa, Kategori PAM dan Kategori Alam Melayu di pusingan separuh akhir layak ke pusingan akhir.

PERINGKAT SARINGAN
  • Akan diadakan pada 4 & 5 Ogos 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
  • Durasi : 9.00 pagi – 5.30 petang

PERINGKAT SEPARUH AKHIR

Diadakan pada 6 Ogos 2015, jam 9.30 pagi – 1.00 tengah hari di PICC.


PERINGKAT AKHIR/MALAM KEMUNCAK
  • Akan diadakan pada 7 Ogos 2015, jam 8.30 malam di Dewan Plenari, PICC, Putrajaya dan akan disiarkan secara langsung di TV1 RTM dan juga melalui laman sesawang PABM ini, www.rtm.gov.my/tv1 & Utusan Online.
  • Disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri. YAB PM hadir bersama isteri.