Pengertian Piala Perdana Menteri

Kerajaan menyokong segala usaha dan iltizam yang dipelopori dalam merealisasikan jalinan hubungan bahasa dan kesusasteraan Melayu di peringkat antarabangsa sesuai dengan hasrat menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa komunikasi dan bahasa ilmu yang signifikan di dunia melalui pelbagai rangkaian kerjasama secara insti- tusional dan rasmi. Kerajaan juga serius untuk memainkan peranan yang dominan di pentas dunia ke arah masa depan dunia yang lebih aman, harmoni dan sejahtera.