Syarat & Peraturan

RINGKASAN SYARAT & PERATURAN
PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU
PIALA PERDANA MENTERI 2017

  1. Jumlah Penyertaan :
    1. Jumlah penyertaan adalah maksimum 20 orang.
  2. Format Pertandingan:
    1. Pemilihan adalah berdasarkan kepada penyampaian pidato.
    2. Pertandingan akan dibahagikan kepada pusingan yang berikut:
      PusinganNota
      Pusingan AwalSemua Peserta
      Pusingan suku akhir10 peserta terbaik di pusingan awal layak ke pusingan suku akhir
      Pusingan separuh akhir5 peserta terbaik di pusingan suku akhir layak ke pusingan separuh akhir
      Pusingan akhir3 peserta terbaik di pusingan separuh akhir layak ke pusingan akhir.
  3. Tajuk Pidato:
    1. Peserta bebas memilih tajuk pidato yang ingin disampaikan.
    2. Tajuk yang dipilih mestilah berdasarkan kepada tema yang berikut:
      1. Peranan Mahasiswa
      2. Keamanan Dunia
      3. Ekonomi dan Pendidikan
      4. Kepelbagaian Budaya
      5. Pendidikan dan Peluang Pekerjaan
      6. Kerjasama Antara Negara
      7. Kepentingan Bahasa
      8. Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh
      9. Isu Kemanusiaan
      10. Isu Hak Asasi
      11. Kesaksamaan Gender
      12. Yang Tua Dikasihi Yang Muda Disayangi
    3. Peserta boleh menggunakan tajuk yang sama atau berbeza untuk setiap pusingan.
  4. Tempoh Berucap:
    PusinganMasa
    Pusingan Awal5 minit
    Pusingan suku akhir6 minit
    Pusingan separuh akhir7 minit
    Pusingan akhir7 minit
  5. Kriteria Permakahan:
    Peserta akan dinilai mengikut kriteria yang berikut:
    KriteriaMarkah
    Isi40 markah
    Bahasa30 markah
    Gaya25 markah
    Etika5 markah
    Jumlah100 markah
  6. Penutup:
    1. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
    2. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
    3. Syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan yang dirasakan sesuai oleh AJK Teknikal & Penjurian PABM 2017.
    4. Para peserta akan dimaklumkan akan sebarang perubahan syarat sebelum pertandingan bermula.

Dikemas kini oleh:
Sekretariat Majlis Debat Universiti Malaysia 2017