Penyertaan PABM

PESERTA

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ini menjemput dan menampilkan para peserta yang berlainan bangsa, budaya, bahasa dan latar belakang untuk berpidato di dalam bahasa Melayu. Ringkasnya, pertandingan ini adalah mirip Tilawah Al Quran yang menjemput para peserta dari pelbagai negara dan bahasa, cuma dalam konteks ini mereka berpidato.

Para peserta jemputan terdiri daripada para pelajar institusi pengajian tinggi yang menuntut di fakulti atau Institut Pengajian Bahasa Melayu atau Pengajian Asia Timur yang megambil pengkhususan dalam jurusan bahasa Melayu. Para peserta mestilah merupakan anak kelahiran dan juga penduduk tetap sesebuah negara yang mengambil kursus pengajian bahasa Melayu, umpamanya Amerika Syarikat hanya akan diwakili oleh pelajar yang merupakan rakyat negaranya sahaja.


PENYERTAAN

Pertandingan edisi ke-7 ini telah berjaya menarik penyertaan 77 orang peserta dari 72 buah negara; antaranya wakil dari Amerika Syarikat, Kanada, England, Jerman, Itali, Perancis, Belanda, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Jepun, Korea Selatan, China, negara-negara bekas jajahan Soviet, negara-negara Eropah Timur serta negara-negara Asia Tenggara sebagai simbolik bahawa bahasa Melayu kini telah berkembang ke semua enam buah benua.

Edisi keempat PABM tahun 2010 yang lalu telah meninggalkan satu kejayaan yang amat memberangsangkan. PABM 2010 telah mencipta satu sejarah buat Malaysia dengan menerima penyertaan paling tinggi iaitu 56 peserta dari 51 buah negara; satu kejayaan yang amat besar berbanding PABM pertama pada tahun 2008 dengan penyertaan dari 34 buah negara dan sebelumnya pada 2007 dengan hanya penyertaan daripada 23 buah negara. Ini telah melayakkan PABM mencipta rekod kebangsaan dalam Malaysia Book of Records sebagai “Penyertaan Peserta Antarabangsa Terbanyak” bagi satu-satu pertandingan pidato berbahasa Melayu.